Telemovie Bangkai Bernyawa (2006)
Alhamdulillah I sangat bersyukur dgn penampilan UStaz dalam movie ‘BAngkai Bernyawa’ dan ‘Syaitan Menangis’. Movie itu menceritakan tentang kesudahan anak durhaka dan kesan negatif akibat meminum arak. Saya sangat mengharap Ustaz tidak berhenti di situ sahaja. Semoga Ustaz akan berusaha melibatkan diri dgn movie mcm begini lagi di masa akan datang semoga rakyat kami akan manfaat dari ilmu yang diajar oleh Ustaz,insya Allah. <Shahrul – Muslim dot sg>
Movie Info:
Life Records telah menerbitkan sebuah Telemovie dakwah bertajuk “Bangkai Bernyawa”. Antara para pelakon yang membintangi telemovie ini adalah Jorah Ahmad, M Ramlee, Mastorah Ahmad dan Dian Lestari.
Turut terlibat juga adalah Ustaz Azmi bin Abdul Samad, seorang pendakwah bebas.
Ustaz Azmi melalui firmanya, Al-Qiblah International Consultants, juga bertindak sebagai Konsultan Agama di dalam pembikinan filem ini.
Anda boleh mendapatkan VCD ini di kedai-kedai VCD berdekatan rumah anda.
Untuk pembelian borong, anda boleh hubungi talian 6782 7800 atau 6300 1400.








