Cerekarama – Kehangatan Lantana (31/05/08)

June 16, 2008 at 10:17 am (Drama, Spiritual, cerekarama) (, , , , , )

FASHA Sandha bersama Adi Putra dalam satu babak drama Kehangatan Lantana. Fasha disolek hodoh bagi menjiwai watak Juwita.1496

KERAP diberikan watak gadis malang atau yang sering menjadi penganiayaan, semua itu bagaikan ‘makanan harian’ buat aktres muda Fasha Sandha.

Sebagai pelakon, matlamatnya ialah mempelbagaikan wataknya.

Dia mahu menjadi aktres yang versatil dan enggan sama sekali dilabel sebagai pelakon stereotaip.

Di luar kesedarannya, Fasha semakin menggapai impiannya.

Terbaru, lakonannya dalam telefilem Kehangatan Lantana yang akan ditayangkan menerusi slot Cerekarama pada 31 Mei ini pukul 10 malam di TV3.

Dalam telefilem arahan Feroz Khan ini, Fasha memegang watak sebagai Juwita, karakter berkenaan disimpulkan Fasha sebagai paling mencabar yang pernah ditanganinya.

Paling utama, Fasha mengharapkan, lakonannya dalam telefilem berkenaan akan membuka laluan baru buat dia melakar nama sebagai pelakon serba boleh.

“Watak ini paling mencabar yang pernah saya pegang. Memang susah tapi sekurang-kurangnya setelah selesai penggambaran melihatkan hasilnya saya berpuas hati.

“Sudah lama saya idamkan watak sebegini dan akhirnya impian saya tercapai,” kata aktres berusia 24 tahun itu lagi.<myselebriti>

Stream

http://www.youtube.com/view_play_list?p=CC45D32B73986DCE

Post a Comment

You must be logged in to post a comment.